Friday, October 5, 2012

STICKER@PELEKAT KERETA KSKM NEGERI PAHANG - AKAN BERADA DIPASARAN

Assalamualaikum wbt...
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Negeri Pahang telah mengorak langkah dengan memperkenalkan stiker @ pelekat kereta bagi setiap ahli KSKM Negeri. 
Inisiatif ini digerakkan melalui Biro Ekonomi KSKM Pahang untuk menjana ekonomi KSKM Negeri bagi menampung kos keperluan aktiviti yang sedang dan akan digerakkan oleh Biro Latihan bagi kepentingan setiap AHLI KSKM.
Setiap 1 unit sticker @ pelekat kereta yang berlogokan KSKM (seperti gambar di atas) akan dijual dengan harga RM4.00.Keuntungan(yang sedikit) dari penjualan sticker @ pelekat tersebut akan dimasukkan kedalam akaun tabungan KSKM Negeri Pahang.
Sticker @ Pelekat kereta ini berukuran 11.5cm lebar manakala ketinggiannya berukuran 9cm.Ia juga menggunakan material yang bermutu dari segi ketebalannya.
~ADMIN~ berharap agar usaha ini akan mendapat sambutan dari setiap AHLI KSKM Negeri Pahang serta sedikit sebanyak akan dapat membantu sesama AHLI untuk mengumpul dana bagi menjalankan pelbagai aktiviti khusus kepada AHLI-AHLI KSKM.
Insyallah..~ADMIN~difahamkan bahawa proses pencetakkan masih berjalan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.Sebarang pertanyaan dan bagaimana untuk mendapatkan sticker @ pelekat kereta tersebut akan ~ADMIN~'up-date'kan di dalam FB atau Blog KSKM Pahang nanti.
Semoga sedikit usaha dari Biro Ekonomi ini juga dapat merapatkan lagi ukhwah dan sillatulrahim kita sesama ahli melalui perkenalan ahli KSKM Negeri Pahang dengan terciptanya sticker @ pelekat kereta itu nanti.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment