Tuesday, October 23, 2012

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG





24/10/2012 genaplah usia KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah yang ke 82 tahun.Seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur akan menyambut hari kelahirannya pada hari tersebut.Sultan Pahang adalah seorang sultan berjiwa rakyat,Sultan yang amat gemar bertemu rakyat negeri Pahang jika ada peristiwa yang berlaku dinegeri Pahang.Sempena hari kelahirannya,serba sedikit biodata KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakat Riayatuddin Al Muadzam Shah.
Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Shah dilahirkan Oktober 24, 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan.
Baginda ditabalkan menjadi Sultan Pahang pada tahun 1974 bagi menggantikan Ayahanda Baginda Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah yang mangkak pada tahun tersebut.
Baginda dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 7 (dengan persetujuan bersama majlis Raja Raja) Malaysia dari Mac 29, 1979 hingga April 25, 1984, dan Sultan kelima Pahang yang moden.Sultan Ahmad Shah adalah satu-satunya anak lelaki Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Sultan Almarhum Abdullah Al-Mutassimu Billah Shah (memerintah 1932-1974) oleh isterinya, Tengku Ampuan Besar Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Kadasallah Shah.Baginda seorang pelajar Malay College Kuala Kangsar, mendapat diploma dalam bidang pentadbiran awam daripada Worcester College, Oxford dan Exeter University,dan menjadi sultan pada tahun 1974.Hobi pilihannya ialah menungang kuda. Sultan Ahmad Shah adalah seorang olahragawan berminat kepada bolasepak dan menjadi Presiden bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)serta Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sehingga 2002.
Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang dan seluruh AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang mendoakan semoga Baginda diberi kekuatan dalam mentadbir Negeri Pahang agar Negeri Pahang  akan kekal  aman dan damai.
DAULAT TUANKU.
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment