Tajuk : Kursus Pertolongan Cemas
Tarikh : 11 Oktober 2012 (Khamis)
Masa : 8.00pagi - 5.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Bentong
Seramai 20 peserta kursus yang terdiri daripada kesemuanya AHLI-AHLI KSKM Daerah Bentong telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Kolej Komuniti Bentong.
Kursus kali ini dianjurkan oleh Biro Latihan KSKM Pahang dengan bantuan yang baik dari Wakil KSKM Daerah Bentong serta pihak PPD Bentong.Fokus utama kursus adalah bagi memberikan pengalaman dan ilmu kepada peserta agar dapat melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika terjadi kecemasan terutama jika berlaku di makmal sekolah masing-masing.
~ADMIN~mengharapkan agar setiap peserta kursus dapat menimba ilmu dan dapat mempraktikkannya apabila perkara-perkara yang dipelajari nanti benar-benar berlaku di dalam kehidupan seharian
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar'Kursus Pertolongan Cemas' KSKM Daerah Bentong dengan usahasama Kolej Komuniti Bentong untuk tatapan pengunjung-pengunjung Laman Blog KSKM Negeri Pahang sekelian.
Demo berkaitan ikatan-ikatan yang penting ketika berlaku kecemasan |
Semua peserta kursus didedahkan dengan teknik membalut luka |
Demo menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan |
Teknik balutan kaki patah |
En.Khairul A'zli Ahmad turut mempelajari teknik "CPR' |
Teknik menyelamatkan mangsa yang tercekik |
Bendahari KSKM Negeri Pahang ,Pn.Rogayah menyampaikan
cenderahati kepada urusetia Kolej Komuniti Bentong
|
Cenderahati kepada penceramah dari JPAM |
Pengerusi KSKM Pahangmenyampaikan cenderahati kepada Penceramah dari JPAM |
Sekian,terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~
~ADMINKSKMPahang~
No comments:
Post a Comment