Wednesday, October 10, 2012

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN LAMBAIAN KASIH





Assalamualaikum wbt...
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang akan mengadakan satu Majlis Jasamu Dikenang dan Lambaian Kasih sempena persaraan Y.bhg.Encik Yahya bin Zainal Abidin,AAP.,AMN Pengarah Pelajaran Pahang.
Majlis tersebut dijadualkan pada 11 Oktober 2012(Khamis) Jam 12.30 tengahari bartempat di perkarangan JPN Pahang.
Sehubungan dengan majlis tersebut,Pengerusi KSKM Negeri Pahang telah diundang menghadirinya bagi menyerikan lagi majlis.
Tujuan ~ADMIN~ meng'up-date'kan jemputan dan majlis yang bersejarah kepada Pengarah Pelajaran Pahang ini adalah untuk menyampaikan info terkini yang bersangkutan dan ada hubungkaitnya jawatan Pembantu Makmal dan KSKM dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Info ini bukanlah bertujuan bagi~ADMIN~mempromosikan undangan JPN kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang namun apa yang ingin ~ADMIN~'highlight'kan adalah pengiktirafan Jabatan kepada Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal itu sendiri.Semoga jalinan yang murni antara KSKM Negeri Pahang bersama Jabatan Pelajaran Pahang akan terus kukuh dan padu dan seterusnya akan dapat menyelesaikan permasalahan AHLI-AHLI KSKM di peringkat Negeri Pahang.
Dikesempatan ini,~ADMIN~ selaku wakil seluruh AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.
~ADMINKSKMPahang~ 

No comments:

Post a Comment