KSKM NEGERI PAHANG
- salam
- cmner dgn keahlian sye da....halal ke belum...hehehhehee
- AhadKskm Negeri Pahang
- Wslm...Untuk makluman Puan,proses kelulusan keahlian KSKM adalah di dalam bidangkuasa KSKM Pusat.KSKM Pahang hanya mendaftarkan senarai PM yang memohon menjadi ahli KSKM dan seterusnya menghantar permohonan Puan kepada KSKM Pusat.Kebiasaannya,proses kelulusan untuk permohonan PM yang ingin menjadi ahli KSKM adalah mudah diperingkat Pusat namun kelewatan yang biasa terjadi adalah proses pemotongan gaji yang diselenggara oleh Biro Perkhidmatan Angkasa(BPA).iharap Puan bersabar dan nasihat ~ADMIN~agar Puan sentiasa membuat semakan gaji bulanan Puan samada proses pemotongan gaji Puan sebanyak RM5 telah dilakukan.Seandainya proses tersebut telah berlaku maka Puan telah secara HALALnya menjadi ahli KSKM.
Sebagai langkah alternatif,Puan boleh mengemukakan nama penuh,no i/c dan alamat sekolah Puan kepada ~ADMIN~ untuk ~ADMIN` membantu menbuat semakan daripada S/U KSKM Negeri Pahang.
Terima Kasih kerana Puan sentiasa cakna kepada KSKM Pahang dan respon yang sebeginilah yang sangat-sangat ~ADMIN~ harapkan memandangkan terlalu ramai PM yang memohon untuk menjadi ahli KSKM melalui KSKM Negeri Pahang pada masa kini.
Sekian,terima kasih.
Salam Kesatuan dari~ADMINKSKMPahang~
No comments:
Post a Comment