Friday, November 16, 2012

CUTI SEKOLAH : PEMBANTU MAKMAL DIARAH MENJALANKAN TUGAS SELAIN DI MAKMAL

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~melalui Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad mendapat pesanan ringkas(SMS) dari Setiausaha Agong KSKM Pusat yang memaklumkan bahawa Pihak Naziran Perjawatan Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju dan mengarahkan melalui KSKM Pusat untuk menerima dan mengenalpasti mana-mana lokasi yang mengalihkan kerja-kerja hakiki Pembantu Makmal ketika musim cuti persekolahan terutama mengambil tugas-tugas Pembantu Tadbir mahupun tugas-tugas yang tiada kaitan dengan suasana pekerjaan sebagai Pembantu Makmal.
~ADMIN~mengajak seluruh Pembantu Makmal samada AHLI atau BUKAN AHLI KSKM Negeri Pahang agar dapat bekerjasama dengan KSKM Pusat bagi menangani permasalahan yang kita alami selama ini.Kerjasama dan laporan yang telus dari setiap AHLI mahupun BUKAN AHLI,sangat-sangat diperlukan bagi Pihak KSKM mengambil tindakan seterusnya.Ini merupakan satu lagi usaha murni yang dilaksanakan oleh pemegang-pemegang amanah di dalam KSKM.
~ADMIN~memohon agar setiap Pembantu Makmal akan terus memainkan peranan ini agar usaha ini akan menghasilkan tindakan yang positif diperingkat Kementerian.Janganlah kita berfikir,hanya Pihak atasan KSKM sahaja yang perlu melakukan pengorbanan dan penyiasatan sendiri tanpa ada jalinan dan kerjasama yang padu diperingkat akar umbi.
Bagi merealisasikan hasrat ini,~ADMIN~memohon agar Tuan/Puan bertindak aktif dengan mengirimkan e-mail kepada: kskmmalaysia@gmail.com dan mengirimkan salinan kepada email Setiausaha Agong KSKM Pusat dialamat: tok_arai@yahoo.com.
Tuan/Puan diminta agar menyertakan di dalam e-mail tersebut:
i.  Nama Sekolah
ii. Nama Pembantu Makmal yang terlibat
iii.Tugas yang diarahkan.
Kerjasama daripada Tuan/Puan sangat-sangat  diperlukan kerana Kementerian sangat mengambil berat terhadap segala aduan yang diterima daripada Pembantu Makmal.Tanpa laporan dan bukti yang diterima daripada Tuan/Puan maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan dapat mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan masalah yang telah lama dialami oleh Pembantu Makmal ini.
~ADMIN~mengajak sekelian Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini yang masih belum bertindak untuk menjadi AHLI KSKM supaya bersegeralah memohon menjadi AHLI KSKM kerana kesan dari penyertaan Tuan/Puan di dalam Kesatuan akan memberikan impak yang maksimum terhadap apa juga tuntutan yang kita sama-sama perjuangkan.Wallahualambissawab.
Semoga,sedikit usaha dari KSKM ini akan dapat membantu setiap AHLI mahupun BUKAN AHLI KSKM dalam menanggani permasalahan tersebut.Terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment