Sunday, November 18, 2012

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN PENGURUSAN ASET-KSKM DAERAH LIPIS

KSKM Daerah Lipis


 Assalamualaikum wbt...
Sekalung TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada AJK Penyelaras KSKM Daerah Lipis yang diketuai oleh Wakil KSKM Daerah Lipis,Puan.Haszlina Omar kerana dengan usaha yang berterusan serta kerjasama yang padu bersama Pejabat Pelajaran Daerah Lipis maka satu kursus yang sangat penting kepada semua Pembantu Makmal terutama AHLI-AHLI KSKM telah berjaya dirancang dan Insyallah akan diadakan sepertimana ketetapan yang berikut:
Tarikh    : 20-21 Novenber 2012
Masa     : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat  : SMV SHAS dan Centre Point,Kuala Lipis
Tentatif sepanjang kursus tersebut diadakan adalah seperti berikut:
20 Nov 2012 - Pendaftaran dan Ucapan Pengerusi.
Slot 1: Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
Slot 2: Perbengkelan Dalam Kumpulan.
Slot 3: Perbentangan Hasil Bengkel.
21 Nov 2012 - Pendaftaran.
Slot 4: Tugas dan Tanggungjawab dari Perspektif Islam.
Slot 5: Pelaporan Program dan Aktiviti 2012.
Slot6: Mesyuarat Akhir KSKM Daerah Lipis 2012.
Penyampaian Cenderamata dan Sijil.
~ADMIN~ingin war-warkan di Laman Blog ini bahawa jika para peserta kursus yang mempunyai sebarang pertanyaan dan permasalahan,sila hubungi En.Hassan Basri bin Shamsudin,Pegawai Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah Lipis di talian : 019-9816521.
Selamat berkursus kepada semua peserta yang terlibat semoga Tuan/Puan akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan khusus dalam program yang akan dihadiri.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment