Wednesday, November 21, 2012

PROGRAM TURUN PADANG AJK KSKM NEGERI PAHANG KE KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Ahli Jawatankuasa(AJK) KSKM Negeri Pahang meneruskan aktiviti dengan mengadakan satu"Program Turun Padang" dimana program kali ini memfokuskan Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang di Jengka Pusat.Kolej Matrikulasi ini berada di dalam daerah Maran.
AJK KSKM Negeri yang terlibat di dalam program tersebut terdiri daripada Pengerusi,En.Khairul A'zli Hj Ahmad,Setiausaha,En.Mohd Lotfan Abd Aziz dan Bendahari,Pn.Rogayah Othman.
Dalam program tersebut,rombongan KSKM Negeri telah disambut dengan baik oleh 3 kakitangan makmal yang berkhidmat di Kolej tersebut.Menurut PM yang berada di situ,seramai 4 orang kakitangan makmal yang lain telah terlibat dengan sukan diperingkat Kolej Matrikulasi (KAKUM) yang diadakan di Kedah.
Alhamdulillah,hasil Pembantu Makmal yang masih belum mendaftar menjadi ahli KSKM  telah berminat dan akan memohon untuk menjadi ahli KSKM.
Semoga sedikit usaha yang berterusan dari AJK KSKM Negeri ini akan memberi kesan dan impak yang maksimum kepada semua Pembantu Makmal di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang.
Apa yang~ADMIN~tertarik apabila melawat makmal-makmal sains di sana adalah tiadanya tampalan,lukisan mural,kata-kata motivasi di dinding-dinding makmal.Menurut kakitangannya,pihak Kolej melarang sebarang tampalan dan sebagainya pada dinding-dinding makmal.Ini merupakan satu kelainan jika dibandingkan dengan dinding-dinding makmal di sekolah-sekolah.
Sesungguhnya,KSKM Negeri tidak akan meminggirkan mana-mana AHLI KSKM di Negeri Pahang ini biarpun Pembantu Makmal yang berada selain dari sekolah harian biasa.

Ruang Pejabat Yang Kondusif Bagi Semua Pembantu Makmal


Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment