Monday, November 5, 2012

MESYUARAT AJK KSKM PAHANG KALI KE-5 SESI 2011-2013

Tarikh    : 02 November 2012
Masa     : 3.00 petang
Tempat  : Makmal Sains SMK Temerloh

KSKM Negeri Pahang telah mengadakan satu Mesyuarat AJK KSKM kali ke-5 sepertimana tetapan di atas.
Agenda mesuarat adalah :
i. Ucapan Pengerusi
ii.Mengesahkan minit mesyuarat kali ke 4
iii.Perkara berbangkit
iv.Laporan Setiausaha
v.Laporan Bendahari
vi.Hal-hal lain
vii.Penangguhan

Antara perkara-perkara berbangkit yang boleh dikongsikan bersama AHLI-AHLI KSKM Pahang adalah:

1.Mesyuarat membincangkan agar semua WAKIL-WAKIL KSKM Daerah bergerak aktif untuk menjayakan sebarang program untuk HANYA kepada AHLI-AHLI di peringkat Daerah.Terdapat daerah-daerah yang dikenal pasti yang masih tidak menganjurkan sebarang program sedangkan semua daerah telah di bekalkan dengan kertas kerja kursus oleh Exco Unit Latihan KSKM Negeri Pahang.

2.Mesyuarat mengulangi agar setiap AHLI KSKM yang berada di Kolej Matrikulasi dan SMK Agama tidak akan tercicir di dalam sebarang program yang dijalankan oleh KSKM Negeri mahupun KSKM di peringkat daerah. 

3.Ucapan tahniah kepada semua AHLI KSKM Negeri Pahang yang telah dinaikkan pangkat dari C17 ke C22.Ini merupakan hasil usaha bersepadu antara KSKM dan CUEPACS dalam memartabatkan profesion Pembantu Makmal.
AJK KSKM Negeri yang terlibat:
i.En.Mohd Lotfan - Setiausaha
ii.Pn.Maslina - AJK
iii.En.Mohd Nazri - Pemeriksa kira-kira.

4.KSKM Negeri bersama Wakil KSKM Daerah akan mengadakan kursus Pertolongan Cemas.Antara daerah yang telah mengesahkan tarikh adalah Daerah Jerantut,Lipis dan Bera.


5.Tempahan baju koprat telah siap dan Urusetia telah mengedarkan semua baju tersebut kepada Wakil Daerah masing-masing.Hanya tempahan dari daerah Maran,Cameron dan Bentong yang masih di dalam pemprosesan dan Insyallah akan siap dalam masa yang terdekat ini.
Tempahan baju koprat bagi fasa ke 3 dibuka sekarang dan jika tempahan melebihi 20 helai,maka tempah fasa ini akan dijalankan dan jika tempahan kurang dari 20 helai maka fasa ke 3 ini akan dibatalkan.

6.Program'Team Building' dan Annual Dinner yang telah dirancang dan dijadualkan pada bulan November ini telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh mesyuarat dan Exco Latihan memandangkan pada ketika ini kemungkinan musim tengkujuh dan banjir serta musim peperiksaan SPM (bagi anak-anak yang mengambil peperiksaan).Disamping itu juga,pihak urusetia perlu persediaan yang rapi dalam penganjuran program yang julung-julung kali di adakan.

6.Permohonan peruntukan bagi daerah Kuantan kerana telah mengadakan kursus kepada AHLI-AHLI KSKM sebanyak RM300.00 telah diluluskan.

7.KSKM Negeri Pahang melalui Setiausaha KSKM Negeri.En.Lotfan agar memohon kepada Setiausaha KSKM Pusat,En.Ashaari Maarof senarai no keahlian bagi permohonan ahli yang baru memandangkan kebanyakkan ahli telah mula dipotong gaji sebanyak RM5.00.
                             

 8.Ketiadaan Pakar di dalam pengendalian mikroskop di negeri Pahang mengakibatkan KSKM Negeri Pahang tidak dapat menganjurkan sebarang kursus berkaitan mikroskop.Mesyuarat bersetuju seandainya ada kursus yang berkaitan mikroskop,KSKM Negeri akan memilih calon yang boleh dihantar ke kursus tersebut dan akan menjadi tenaga pengajar kepada kursus-kursus anjuran KSKM Negeri nanti.

9.Pengerusi mencadangkan agar semua AJK KSKM Negeri mengadakan lawatan ke daerah Cameron Highlands memandangkan daerah tersebut hanya terdapat 2 orang ahli sahaja.Program ini memerlukan kerjasama dari Wakil KSKM daerah Cameron.

 10.Permohonan 'Tukar Lantik N1 & N4 ke C17' masih dibuka kepada AHLi-AHLI KSKM Negeri yang berkelayakkan.Setiausaha mengumumkan bahawa tarikh tutup penghantaran segala dokumen permohonan adalah pada 20 November 2012.

11.Mesyuarat juga telah berbincang berkaitan KSKM daerah Jerantut.(Butir-butir perbincangan adalah rahsia dan tidak dapat~ADMIN~bentangkan di Blog ini)

Khairul A'zli Hj Ahmad(Pengerusi KSKM Negeri Pahang)
12.Dalam mesyuarat kali ini,semua AJK sebulat suara bersetuju agar peruntukan setiap daerah dinaikkan  bagi mengadakan sebarang kursus hanya kepada AHLI-AHLI KSKM sahaja.Peruntukan bagi setiap kursus kepada setiap daerah tertakluk kepada 2 kali kursus sahaja dalam setahun dan bergantung kepada kewangan semasa KSKM Negeri Pahang.
Jadual peruntukan yang dipersetujui adalah seperti berikut:
Kuantan - RM 400.00
Temerloh - RM 350.00
Lipis - RM 300.00
Pekan - RM 300.00
Raub - RM 300.00
Rompin - RM300.00
Jerantut - RM 300.00
Maran - RM 250.00
Bentong - RM 200.00
Bera - RM 100.00
Daerah Cameron Highlands tidak menerima peruntukan memandangkan hanya 2 orang ahli sahaja yang berada disana.Mesyuarat menyarankan agar 2 orang ahli ini tidak dipinggirkan dan akan dijemput untuk bersama program anjuran KSKM daerah-daerah yang lain.Mesyuarat juga bersetuju di mana sekiranya  daerah Cameron telah berjaya menarik keahlian KSKM,peruntukkan akan turut dinikmati oleh ahl;i-ahli KSKM di daerah tersebut.
Pengerusi KSKM Negeri Pahang

13. Sticker @ pelekat kereta KSKM Negeri Pahang akan dipasarkan pada 6.November 2012 setelah di'upgrade' dari segi meterial dan mutu ketahanan tehadap cahaya.Jika AHLI-AHLI KSKM yang ingin mendapatkannya,Tuan/Puan bolehlah menghubungi setiap Wakil Daerah masing-masing untuk tempahan.Pihak urusetia hanya akan menghantar secara pukal kepada Wakil Daerah bagi tujuan penjimatan kos penghantaran.Harga setiap keping adalah sebanyak RM5.00 sahaja.
Berikut wakil daerah yang boleh Tuan/Puan membuat tempahan dan bayaran:
1.Kuantan - Puan.Rosidah Adam Ahmad(SMK Tanah Putih)
2.Pekan - Puan Zalina Mohammad (SMK Nenasi)
3.Rompin - En.Kamaruzaman Abd Manaf (SMK Tanjung Gemok)
4.Maran - Puan Saniah (SMK Maran)
5.Temerloh - Puan Maslina Amriem (SMK Abu Bakar)
6.Jerantut - En.Khatimi Bahauddin (SMK Kota Gelanggi)
7.Bera - Puan Norhana Haron (SMK Mengkarak)
8.Bentong - Puan Rogayah (SMK Bentong)
9.Lipis - Puan Haszlina Omar (SMK Clifford)
10.Cameron Highlands - Puan Rossila Hassan (SMK Ringlet)
11.Raub - Puan Siti Hafizah Abdul Karim(SMK Mahmud)

14.En.Nazri(pemeriksa kira-kira) mencadangkan agar semua Wakil-Wakil Daerah turun padang ke sekolah-sekolah di dalam daerah masing-masing untuk bertanya khabar dan masalah yang dihadapi oleh Ahli-Ahli diperingkat sekolah.

15.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
Semoga apa yang dicatatkan ini akan memberikan sedikit maklumat dan info tentang perjalanan KSKM Negeri Pahang.Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan apa yang KSKM Negeri Pahang rancangkan.Insyallah,kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT akan memberikan tenaga,kesihatan yang baik untuk semua AJK KSKM Negeri bagi melaksanakan apa yang telah diperbincangkan dan diperancangkan.Amin!!!
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment