Surat Arahan Yang Diperolehi Dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh |
Disini~ADMIN~ingin berkongsi bersama semua Pembantu Makmal samada AHLI mahupun yang bakal menjadi AHLI KSKM Negeri Pahang.
~ADMIN~menerima surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh bertarikh 23 Oktober 2012, No Rujukan:PPDT.(5).500-3/4/4/ (05) bertajuk: "Susunan Pegawai Penilai Di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Pahang Bagi Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2012", ditandatangani oleh Pegawai Eksekutif b/p Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh sepertimana di atas.
Rentetan dari itu,~ADMIN~ menyeru semua AHLI KSKM mengambil perhatian yang serius agar ketidaktentuan Pegawai Penilai Pertama(PPP) dan Pegawai Penilai Kedua(PPK) yang berlaku di sekolah Tuan/Puan tidak akan berlaku lagi pada masa yang akan datang.Banyak laporan yang ~ADMIN~serta AJK KSKM Negeri Pahang terima khususnya daripada AHLI-AHLI KSKM tentang berlakunya PPP dan PPK yang dilakukan oleh pegawai yang tidak sepatutnya
Inilah antara perjuangan yang dibawa oleh AJK KSKM Negeri Pahang ketika mengadakan 'Kunjungan Mesra KSKM ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang".Begitu juga,suara yang dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang.En.Khairul A'zli Hj Ahmad ketika mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pahang sendiri.Alhamdulillah,inilah hasilnya sokongan dan dokongan Tuan/Puan selama ini kepada KSKM Negeri Pahang.Suara KITA telah didengar serta diambiltindakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Bersama-sama ini,dikepilkan "Contoh Susunan Pegawai Yang Dinilai,Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua Mengikut Struktur Organisasi Di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Di Negeri Pahang".
Semoga sedikit usaha yang dilakukan oleh KSKM Negeri Pahang ini akan dapat membantu AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang yang mengalami masalah berkaitan PPP dan PPK yang tidak seragam di sekolah masing-masing.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~
No comments:
Post a Comment