Wednesday, November 7, 2012

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS KSKM DAERAH JERANTUT DENGAN USAHASAMA KOLEJ KOMUNITI JERANTUT



KSKM daerah Jerantut telah berjaya menganjurkan satu aktiviti diperingkat daerah bagi melengkapkan aktiviti tahunan KSKM Daerah Jerantut.Kursus tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Kolej Komuniti.
Tarikh    : 06 November 2012
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat  : Kolej Komuniti Daerah Jerantut.

Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri daripada HANYA AHLI-AHLI KSKM daerah Jerantut telah dijemput mengikuti kursus tersebut.

Ahli Jawatan kuasa KSKM Negeri Pahang telah turut sama menjadi penyelaras di dalam kursus itu.Antara AJK KSKM Negeri Pahang yang hadir adalah:
En.Khairul A'zli Hj Ahmad (Pengerusi)
En.Mohd Lotfan Abd Aziz (Setiausaha)
Pn.Rogayah (Bendahari)
Pn.Siti Hafizah Abd Karim (Exco Unit Latihan) 

Turut membantu bertindak sebagai penyelaras kursus tersebut adalah Pengerusi Persatuan Pembantu Makmal Daerah Jerantut - En.Ahmad Khatimi Bahauddin.
Setiap AHLI_AHLI KSKM yang terlibat turut dibekalkan dengan fail yang disumbangkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.
~ADMIN~mewakili KSKM Negeri Pahang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak PPD Jerantut kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada KSKM daerah Jerantut.
~ADMIN~difahamkan bahawa penyediaan makan dan minum kepada peserta kursus kali ini adalah melalui bajet PPD sendiri dimana semua peserta kursus disediakan sebanyak 3 kali jamuan makan.Semoga jalinan yang baik sedemikian rupa akan terus dapat dikekalkan.Pengerusi KSKM Negeri Pahang yang mewakilkan ~ADMIN~juga berharap agar setiap Wakil KSKM Daerah yang telah dilantik dapat menjalinkan usahasama yang bersepadu bersama PPD masing-masing demi mendapatkan peruntukkan bagi kemudahan dan keselesaan semua AHLI-AHLI KSKM yang berdaftar.
~ADMIN~sempat merakamkan situasi dan fenomena sepanjang kursus tersebut berlangsung untuk kita kongsikan bersama.
~ADMINKSKMPahang~ 


Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad sedang menyampaikan taklimat ringkas tenteng aktiviti KSKM Negeri Pahang

Penerangan tentang kaedah dan cara sebenar apabila berlakunya "tercekik"

Cara-cara balutan luka yang betul

Setiausaha KSKM Negeri Pahang turut melakukan proses menyelamat mangsa renjatan elektrik dengan kaedah CPR
En.Khairul Azli Hj Ahmad terlibat sama melakukan proses menyelamat melaui CPR
Peserta didedahkan cara-cara menyelamat bayi yang tersedak atau tercekit susu








No comments:

Post a Comment