Wednesday, November 14, 2012

TEMPAHAN BAJU KOPRAT KSKM NEGERI PAHANG - 2nd BATCH


Assalamualaikum wbt...
~ADMINKSKMPahang~ingin menarik perhatian kepada seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang samada yang telah menjadi AHLI KSKM mahupun kepada yang akan mendaftar sebagai AHLI.
Pihak Urusetia Tempahan Baju Koprat KSKM Negeri Pahang akan memberi peluang kepada Tuan/Puan sekelian yang berkemungkinan tercicir di dalam tempahan baju yang terdahulu untuk memiliki baju koprat tersebut pada harga yang sama iaitu HARGA AHLI KSKM adalah RM60.00 dan bagi BUKAN AHLI KSKM adalah RM70.00.
~ADMIN~memfokuskan terutama AHLI-AHLI di daerah Jerantut yang terlalu ramai tercicir di dalam tempahan baju koprat yang lalu.Pihak Urusetia sangat-sangat mengharapkan kerjasama dari Tuan/Puan yang melayari Laman Blog ini mahupun Facebook KSKM Negeri Pahang akan dapat memberikan hebahan kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan Pembantu Makmal di seluruh Negeri Pahang,di setiap daerah-daerah dan di sekolah-sekolah menengah di Negeri Pahang ini.Mungkin terdapat AHLI mahupun yang bakal menjadi AHLI KSKM yang tidak berpeluang mendapatkan maklumat melalui medium yang ~ADMIN~gunakan bagi menyampaikan makluman dan infomasi berkaitan KSKM Negeri Pahang.
Untuk tempahan bagi fasa ke 2 ini,pihak Urusetia telah bersetuju agar semua tempahan baju koprat dilakukan secara terus kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang iaitu En.Khairul A'zli bin Ahmad dengan menghubungi beliau melalui talian : 019-9161514.Tuan/Puan hanya perlu menghubungi secara terus atau melalui Sistem Pesanan Ringkas(SMS) untuk sebarang tempahan.Tempahan dibuka mulai sekarang.
Tuan/Puan diperlukan menyatakan:
i. Nama Pada Baju.   
ii.Saiz (dari saiz S hingga 5XL) Lelaki dan Perempuan.  
iii.Bayaran selepas tempahan dibuat secara tunai.(dengan cara bank-in ke a/c Urusetia)Jangan ketinggalan untuk mendapatkan baju yang cantik,berkualiti dan yang paling penting ianya merupakan satu identiti kewujudan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM) Negeri Pahang.
Semoga usaha murni ini akan mendapat sambutan dari semua Pembantu Makmal seluruh Negeri Pahang... Insyallah!!!
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment