Friday, January 4, 2013

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN PENGURUSAN ASET - KSKM DAERAH LIPIS

Tajuk     : KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN PENGURUSAN ASET
Tarikh    : 20 - 21 Nov 2012
Masa     : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat  : SMVSHAS dan Centre Point,Kuala Lipis

KSKM daerah Lipis sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada semua ahli-ahli KSKM daerah tersebut dengan kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerah Lipis di bawah Pegawai Sains dan Matematik iaitu En.Hassan Basri bin Shamsudin.
Program kursus ini telah berlangsung selama 2 hari di mana tempat pada hari yang pertama adalah di SM Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah,Kuala Lipis sementara pada hari yang kedua pula,semua peserta kursus ditempatkan di Centre Point,Kuala Lipis.
Antara modul yang dimuatkan sepanjang kursus tersebut dijalankan adalah seperti berikut:
1.Pengurusan Aset Alih Kerajaan. (20/11/2012)
2.Pembengkelan Di Dalam Kumpulan. (20/11/2012)
3.Pembentangan Hasil Bengkel (20/11/2012)
4.Tugas dan Tanggungjawab Dari Perspektif Islam. (21/11/2012)
5.Pelaporan Program dan Aktiviti 2012. (21/11/2012)
6.Mesyuarat Akhir KSKM Daerah Lipis 2012.
Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis 2013

Di dalam slot terakhir,semua ahli telah bersama-sama membuat perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Lipis.Berikut adalah senarai AJK bagi tahun 2013:
Pengerusi Penyelaras : En.Lukman bin Baharuddin (SMK Setiawangsa)
N.Pengerusi Penyelaras : Pn.Norazita Ab Rahman (SMK Sri Lipis)
Setiausaha  : Pn.Norhayani Abd Latef (SMK Padang Tengku)
N.Setiausaha  : Pn.Isfazana Muhamad Jamain (SMK Kuala Lanar)
Bendahari  : Nor Shuhaila Sofhi@Subhi(SMVSHAS)
AJK Pelaksana:
1.En.Mohd Sopi Hassan (SMK Merapoh)
2.Nur Eman Osman (SMK Sg Koyan)
3.Wan Raja Marhana
4.Hasulily Hod (SMK Chung Hwa)
5.Rogayah Mohd Yusof (SMK Clifford)
6.Norhayati Zulkafli (SMK Kerambit)
7.Suhana Shamsudin (SMK Benta)
8.Wan Fadzilah Wan Abdullah(SMK Panglima Garang)
Ketika sesi mesyuarat tersebut berlangsung,Pengerusi Sementara,En.Ruasdi bin Idris melancarkan satu derma ikhlas untuk disumbangkan kepada Ahli KSKM iaitu En.Abu Hassan bin Rejab dari SMK Kerambit kerana beliau disahkan mengidap penyakit kanser dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Hajah Afzan,Kuantan.Mudah-mudahan beliau akan kembali sembuh dan sihat untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.Amin Yaa Rabbalalaminn.
AJK KSKM Negeri Pahang merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis tahun 2012 di bawah pimpinan Pn.Haszlina Omar (SMK Clifford) kerana telah memberikan komitmen yang terbaik kepada KSKM Negeri Pahang.Tahniah dan Syabas kepada AJK Palaksana KSKM Daearh Lipis tahun 2013 yang baru dilantik semoga AJK tahun ini akan membawa satu kesinambungan kerja bersama yang lebih padu dan mantap bersama KSKM Negeri Pahang.

Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad
menyampaikan maklumat tentang KSKM Negeri

No comments:

Post a Comment