Monday, January 28, 2013

EDARAN UNTUK MAKLUMAN PEMBANTU MAKMAL(AHLI @ BUKAN AHLI KSKM) NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Salam Kesatuan kepada semua Pembantu Makmal di Negeri Pahang semoga Tuan/Puan akan dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka KSKM Negeri Pahang dengan inisiatif Pengerusi Negeri;En.Khairul A'zli Hj Ahmad maka satu edaran sebagai makluman kepada semua Pembantu Makmal samada AHLI KSKM mahupun PM yang masih belum diberikan kesempatan untuk menjadi AHLI KSKM sedang diedarkan ke semua sekolah menengah melalui Wakil KSKM Daerah.
Kaedah ini merupakan satu langkah untuk memberikan maklumat dan infomasi tentang aktiviti KSKM Negeri Pahang memandangkan ramai AHLI mahupun bukan ahli KSKM yang jarang mendapat maklumat  melalui akses secara terus di internet.Semoga alternatif sebegini yang diambil oleh KSKM Negeri Pahang,akan dapat membantu semua Pembantu Makmal mengetahui dan menyedari betapa pentingnya menjadi ahli KSKM.
Edaran tersebut akan diedarkan melalui 'pigeon-hole' sekolah masing-masing di Pejabat Pelajaran Daerah.Tuan/Puan dijemput untuk mendapatkannya di sana.
Jika terdapat sekolah yang gagal memperolehinya,Tuan/Puan bolehlah 'print out' melalui Laman Blog ini.
Sekian,semoga sedikit usaha dari KSKM Negeri ini akan dapat memberikan maklumat kepada semua.
~ADMINKSKMPahang~

C:\Users\ASHAARI\Desktop\LOGO KSKM.tifKESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. PENDAFTARAN 369 (Bergabung Dengan CUEAPACS)
Cawangan Pahang,
D/A Pengerusi KSKM Pahang                                 No. Tel: 019-9161


                                              
                                                                                      Tarikh:      23 Jan 2013
                      
                       Tuan,
         
                       EDARAN UNTUK MAKLUMAN AHLI KSKM
         
AJK KSKM Negeri(sesi 2011-2013) telah melaksanakan program-program sepanjang 2011 hingga 2012 dan akan terus merancang program bagi menjamin kebaikan semua AHLI-AHLI KSKM pada tahun ini sehingga tempoh kepimpinan AJK KSKM Negeri Pahang sesi ini tamat.

2.  Sepanjang 2012,sebanyak 16 kursus telah dianjurkan termasuk bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang(JPNP),Pejabat Pelajaran Daerah,Giat Mara Malaysia dan Kolej Komuniti.Insyallah 2013 ini akan diteruskan lagi program seumpamanya bagi manafaat bersama semua ahli KSKM.Dalam penganjuran kursus ini,HANYA AHLI KSKM sahaja yang akan dipanggil untuk menyertainya.

3. AJK KSKM telah mengadakan lawatan ke JPNPahang serta mengadakan perbincangan tentang permasalahan yang dilaporkan kepada KSKM oleh AHLI KSKM.

4. KSKM Negeri diberikan ruang dan kapisiti untuk mengemukakan permasalahan AHLI ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.Mesyuarat tersebut diadakan 4 kali dalam setahun.KSKM diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang.

5. AJK KSKM Negeri mengadakan mesyuarat AJK secara berkala untuk  memastikan segala program yang dirancang dapat dilaksanakan.

6. Mengadakan mesyuarat AJK bersama Wakil KSKM Daerah bagi membincangkan program yang perlu dijalankan serta maklumat-maklumat penting untuk dibawa ke peringkat daerah.

7. ”Program Turun Padang”yang melibatkan AJK KSKM Negeri ke sekolah dan Kolej Matrikulasi yang terpilih adalah berobjektif untuk merapatkan hubungan KSKM bersama ahli namun AJK tidak dapat bergerak kesemua sekolah di negeri Pahang atas beberapa kekangan antaranya jarak,ruang masa,keluasan dan sebagainya.
           
8. KSKM Pahang telah melancarkan ’Baju Korporat’ bagi semua ahli yang berminat.Sambutan kepada produk ini amat membanggakan daripada semua ahli mahupun yang masih belum menjadi ahli.

9. KSKM Pahang telah memperkenalkan ’sticker’ atau pelekat kereta berlogokan  KSKM Negeri Pahang kepada ahli.Sambutannya juga amat menggalakkan.

10. Kempen ”MOH JADI AHLI KSKM” akan terus digerakkan demi mencapai penyertaan yang maksimum dari Pembantu Makmal di seluruh Pahang.

11. KSKM Pahang mengorak langkah di dalam penyampaian maklumat dan infomasi kepada semua ahli berkaitan aktiviti KSKM Negeri dengan medium internet iaitu melalui capaian di:
i. Facebook;Kskm Negeri Pahang.
ii. Laman Blog; kskmpahang.blogspot.com.
Mohon semua ahli agar dapat mencapai semua maklumat melaluinya.

12. Pada Mac 2013,’Annual Dinner’telah dirancang khusus kepada semua ahli.Setiap ahli yang berminat akan dikenakan sedikit bayaran.

13. Tahun 2013 ini merupakan tahun bagi KSKM Negeri mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan pemilihan AJK baru bagi sesi 2013-2015.Sehubungan dengan itu,mohon semua ahli yang berminat untuk memimpin KSKM Negeri agar bersedia menawarkan diri untuk sebarang jawatan yang akan dipertandingkan nanti.

14. Saya ingin menyarankan kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang agar dapat menyalurkan sebarang pertanyaan dan permasalahan dengan  menghubungi Pengerusi KSKM Negeri Pahang melalui talian atau SMS di nombor: 019-9161514(cel) atau 017-9394951(mxs).

Segala sumbangan,sokongan,dokongan dan perhatian dari semua AHLI KSKM Pahang selama ini,AJK KSKM Pahang(sesi 2011-2013) mengucapkan jutaan terima kasih.


 “ KERJASAMA KUKUH MAJU”


Saya yang menurut perintah,


..………………………………………
            (KHAIRUL A’ZLI HJ AHMAD)
             Pengerusi.
             KSKM Cawangan Pahang.

No comments:

Post a Comment