Tuesday, January 8, 2013

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU MAKMAL DAN PAP MAKMAL DAERAH BERA 2012

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BERA
Tajuk        : Kursus Peningkatan Profesionalisme Pem.Makmal dan PAP Makmal Daerah Bera 2012
Tarikh       : 03 Dis 2012
Tempat     : Bilik Gerakan 1,PPD Bera
Bil Peserta : 63 Orang
Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya maka KSKM Daerah Bera di bawah pimpinan Wakil KSKM Daerah iaitu Puan.Norhana binti Haron telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada semua Pembantu Makmal dan PAP Makmal daerah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Bera di bawah seliaan En.Zailan bin Mohamad (Pen.Pegawai Pelajaran Daerah Bera).Seramai 63 orang peserta kursus telah hadir bagi menjayakan kursus tersebut.
Setiausaha Agung KSKM Pusat;En.Ashaari Maarof
Penganjur kursus telah mengundang Setiausaha Agung KSKM Pusat iaitu En.Ashaari bin Maarof sebagai penceramah jemputan bagi membentangkan slot berkaitan dengan Pengurusan Aset.
Pimpinan KSKM Negeri Pahang juga turut diundang didalam kursus tersebut iaitu Pengerusi; En.Khairul A'zli Hj Ahmad, Setiausaha; En.Mohd Lotfan Abd Aziz,Bendahari;Puan.Rogayah Othman serta Ketua Unit Latihan; Puan Siti Hafizah Abdul Karim.
Sepanjang kursus berlangsung,penceramah telah memberikan ilmu-ilmu berkaitan dengan pengurusan stok di makmal bagi bekalan kepada setiap Pembantu Makmal untuk dibawa pulang dan diaplikasikan di sekolah masing-masing.Walaupun difahami bahawa masa kursus yang terlalu singkat diberikan kepada para peserta untuk mempelajari ilmu pengurusan stok dengan lebih berkesan namun sedikit sebanyak ilmu yang ditimba akan dapat menampung ruang-ruang kosong kesilapan kaedah pengurusan yang dilakukan selama ini.
Sebahagian peserta"Kursus Peningkatan Profesionalisme PM dan PAP 

Apa yang menarik perhatian ~ADMIN~di dalam kursus ini adalah kerjasama dari Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bera itu sendiri yang menyediakan segala kelengkapan samada dari segi bilik kursus,sistem siaraya,makan dan minum peserta kursus serta setiap peserta kursus dan pegawai KSKM turut diminta untuk membuat tuntutan perjalanan bagi menghadiri kursus tersebut.KSKM Negeri mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Zailan bin Mohamad kerana bantuan serta pertolongan ikhlas dari beliaulah maka kursus kali ini berjalan dengan lancar dan teratur.
Pengerusi KSKM Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad sedang menyampaikan taklimat ringkas berkaitan KSKM Pahang

Sedikit ruang masa yang ada telah dimanafaatkan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan perjalanan dan gerak-kerja KSKM Negeri.Beliau turut menyeru kepada semua Pembantu Makmal agar bersama-sama mendaftar sebagai AHLI KSKM kerana manafaat yang telah,sedang dan akan diperolehi oleh semua Pembantu Makmal adalah hasil perjuangan KSKM.

~ADMIN~mewakili KSKM Negeri Pahang mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada KSKM Daerah Bera kerana kejayaan di dalam penganjuran kursus ini.Jutaan terima kasih di pihak KSKM Negeri kepada Setiausaha Agung KSKM Pusat kerana sudi hadir untuk mengisi slot kursus ini.Semoga segala ilmu yang diperolehi ini akan dapat memantapkan lagi profesion penjawat awam Pembantu Makmal.
Sekian...Wallahuaalam...
~ADMINKSKMPahang~







No comments:

Post a Comment