Monday, January 7, 2013

PROGRAM TURUN PADANG KSKM PAHANG KE SBPI TEMERLOH

Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) Temerloh,.rombongan AJK KSKM Negeri Pahang terus melengkapkan "Program Turun Padang KSKM Negeri Pahang" dimana tumpuan untuk kali ini adalah di sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Sekolah kali ini berbeza dengan sekolah harian biasa kerana semua pengurusan berkaitan sekolah adalah di bawah bidang-kuasa Sekolah Berasrama Penuh(SBP) secara terus di Kementerian Pelajaran Malaysia.
AJK KSKM Pahang memfokuskan keahlian baru kepada semua Pembantu Makmal di sekolah tersebut memandangkan masih ramai yang belum bersama KSKM.Kesempatan yang diperolehi oleh AJK KSKM Negeri telah dimanafaatkan untuk menerangkan faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh AHLI-AHLI  yang terlibat menjadi AHLI KSKM.
Dari pandangan ~ADMIN~ walaupun Pembantu Makmal yang bertugas di sekolah-sekolah di bawah KPM secara langsung seperti Sekolah Sains,SBPI,Kolej Matrikulasi,Sekolah Agama Persekutuan mahupun Sekolah Agama Negeri,Pembantu Makmal yang bertugas adalah layak untuk menjadi ahli kesatuan dan perjuangan yang di bawa oleh KSKM adalah sangat relevan kepada semua ahli samada di bawah Jabatan Pelajaran Negeri,Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun di bawah Kerajaan Negeri.Perjuangan bagi membela nasib kakitangan yang ditugaskan di makmal bukan hanya terfokus kepada ahli yang teramai terutama dari sekolah menengah harian di bawah seliaan JPN.
Alhamdulillah,rombongan AJK KSKM Negeri telah disambut mesra oleh kakitangan yang ada bertugas pada petang tersebut.Difahamkan bahawa seorang kakitangan makmal telah mengalami keracunan akibat daripada pengendaliaan bahan kimia di setor kimia dan telah dibawa ke hospital oleh seorang kakitangan makmal yang lain.~ADMIN~berpesan kepada semua wargakerja makmal agar sentiasa berhati-hati di dalam mengendalikan bahan-bahan kimia terutama bahan kimia yang berbahaya.

Sebahagian daripada Pembantu Makmal di SBPI Temerloh
~ADMIN~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang yang terlibat mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua wargakerja Makmal di SBPI Temerloh kerana sedi menerima kunjungan AJK KSKM Negeri seterusnya dijamu dengan minum petang di makmal.Tahniah kerana makmal-makmal di SBPI Temerloh sangat kondusif.
Semoga kunjungan kali ini akan membuahkan hasil yang positif kepada semua Pembantu Makmal di SBPI Temerloh dan semoga keahlian KSKM Negeri Pahang akan bertambah termasuk ahli -ahli dari sekolah ini.
Sekian,Wallahuallam...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment