Monday, January 14, 2013

MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG - BIL 2 SESI 2011-2013

Tarikh     : 05 Jan 2013
Masa      : 2.00 - 7.00 petang
Tempat   : Bilik Mesyuarat.Tingkat 1,
                Kuala Lumpur International Hotel
Bertempat di Bilik Mesyuarat,Kuala Lumpur International Hotel,satu mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung yang terdiri daripada semua Pegawai Tertinggi KSKM Pusat dan semua setiausaha cawangan seluruh negara telah berkumpul bagi membincangkan segala masalah dan program yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh KSKM diperingkat Pusat.Apa yang menarik bagi mesyuarat kali ini adalah Pengerusi KSKM semua Cawangan telah dipanggil bersama-sama menghadiri mesyuarat tersebut.
Pegawai Tertinggi KSKM Pusat
Agenda Mesyuarat (Bil 2 Sesi 2011-2013):
1.Ucapan Presiden KSKM
2.Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3.Perkara Berbangkit
4.Laporan Ibupejabat
5.Laporan Kewangan
6.Mengendos Keahlian Baru dan Berhenti
7.Pembelian Aset Kesatuan
8.Perwakilan Dwi Tahunan KSKM 2013-2015
9.Hal-hal Lain
Mesyuarat pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden KSKM;En.Mohd Fami bin Khamis.Pada awal mesyuarat diadakan,Presiden KSKM;En.Hamran bin Haji Ahmad tidak dapat menghadirkan diri disebabkan faktor kesihatan yang kurang baik namun atas inisiatif dan komitmen beliau kepada KSKM,beliau telah hadir juga ke mesyuarat dengan bantuan keluarga untuk membawa beliau ke Hotel International.Tahniah diucapkan kepada Tuan Presiden.

Sebahagian Pegawai KSKM Negeri yang hadir
Mesyuarat membincangkan tentang perkara-perkara berbangkit berkaitan isu yang telah dibawa ketika Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung kali 1 sesi 2011-2013 yang lalu.
Antara isu yang yang boleh dikongsikan adalah:
i.Dapatan data temuduga khas oleh SPP bagi PAP:
a).Permohonan seramai 2600 orang.
b).Permohonan lengkap seramai 1800 orang
c).Pengalaman 30 tahun di makmal sains seramai 187 orang
d).Permohonan mempunyai SPM seramai 1251 dan 436 orang mempunyai BM kredit
e).Permohonan yang tiada SPM seramai 630 org
f).Seramai 216 orang mempunyai pengalaman kurang 3 tahun.
Laporan Kewangan tidak dapat dibentangkan kerana semua fail kewangan KSKM sedang di audit oleh Syarikat Audit yang dilantik oleh KSKM.

Pengerusi dan Setiausaha Cawangan Negeri-Negeri yang hadir
Mesyuarat membincangkan program "Perjumpaan Pembantu Makmal Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri" yang dijangka akan diadakan di Putra Jaya pada bulan Febuari ini.Mesyuarat memutuskan agar setiap cawangan menghantar seramai 50 orang ahli KSKM.
KSKM Negeri Pahang diwakili oleh En.Khairul A'zli(Pengerusi)
En.Lotfan(Setiausaha) dan En.Ahmad(AJK Cawangan)
Semua pengerusi dan setiausaha cawangan diingatkan agar merancang terlebih awal tarikh bagi mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan peringkat cawangan masing-masing agar tidak berlaku pertembungan tarikh bagi membolehkan semua pegawai-pegawai tertinggi KSKM Pusat hadir ke mesyuarat tersebut.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM harus diadakan antara bulan April sehingga bulan Jun pada tahun ini.
Tahniah kepada KSKM Negeri Pahang kerana telah berjaya mengumpul sejumlah 104 ahli baru sehingga bulan Disember 2012.Bagi ahli baru yang telah dipotong yuran bulanan sebanyak RM5 di dalam slip gaji tetapi masih belum menerima no keahlian,Insyallah ~ADMIN~ akan 'mengup-datekan' no keahlian Tuan/Puan di Blog KSKM.Segala info tentang no keahlian KSKM akan diberitahu melalui siaran Facebook KSKM Negeri Pahang.
Perbincangan turut tertumpu kepada perkara berbangkit yang di bawa oleh wakil KSKM Cawangan Perak berkaitan isu Pembantu Makmal yang masih melakukan kerja-kerja pembersihan di makmal dimana sepatutnya kerja-kerja tersebut dilakukan oleh pihak swasta.Perkara ini perlu dirujuk kepada terma-terma dan syarat di dalam perjanjian diantara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Kontraktor Perbersihan.Pengerusi KSKM Cawangan Pahang turut terlibat memperbahaskan isu ini dimana dilaporkan bahawa KSKM Pahang telah membawa iau ini ke pengetahuan JPN Pahang dan maklumbalas yang diterima adalah"Makmal tidak termasuk di dalam definasi bilik-bilik khas" namun terdapat juga JPN di negeri lain yang memperakui bahawa bilik-bilik khas adalah termasuk makmal-makmal sains.Mesyuarat memohon agar perkara ini dipanjangkan kepengetahuan dan perbincangan KSKM Pusat bersama Kementerian.Kita bersama-sama berdoa agar isu ini dapat diselesaikan dan mendapat keputusan yang positif.
Banyak lagi isu-isu yang diperbincangkan dan sesungguhnya Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung kali ke 2 sesi 2011-2013 pada petang tersebut banyak membuahkan hasil yang baik untuk semua AHLI-AHLI KSKM(khasnya) dan kepada semua Pembantu Makmal (amnya).
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.45 petang.
Semoga apa yang dilakukan oleh Pegawai Tertinggi KSKM Pusat berserta dengan semua Pengerusi dan Setiausaha KSKM Cawangan di Malaysia akan membuka mata kepada semua Pembantu Makmal di Malaysia yang masih selesa berada di luar dari menjadi ahli KSKM untuk terus memberikan sokongan yang padu kepada KSKM dengan bersama-sama menjadi ahli KSKM.
~ADMINKSKMPahang~menyeru kepada seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang yang masih tidak berkesempatan menjadi AHLI KSKM agar bersegeralah untuk merebut peluang untuk bersama-sama menjadi ahli KSKM dan seterusnya bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan kepada Pengerusi KSKM Negeri dan barisan Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang demi mengangkat martabat Pembantu Makmal ke taraf yang tertinggi. Wallahuallam...
~ADMINKSKMPahang~



No comments:

Post a Comment