Saturday, January 5, 2013

PROGRAM TURUN PADANG AJK KSKM NEGERI PAHANG KE SMK JENGKA PUSAT 2

"Program Turun Padang KSKM Negeri Pahang" diteruskan ke destinasi yang terpilih iaitu SMK Jengka Pusat 2.Kunjungan AJK kali ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri keadaan dan situasi sebenar apa yang dialami oleh Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat (Makmal) di sekolah-sekolah disamping bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan sillatulrahim antara Pemimpin KSKM Negeri bersama AHLI-AHLI KSKM.
Rombongan Program ini terdiri daripada Pengerusi KSKM Negeri;En.Khairul A'zli Hj Ahmad, Setiausaha; En.Mohd Lotfan Abd Aziz dan Bendahari: Puan.Rogayah Othman.Kunjungan AJK Negeri telah disambut mesra oleh kakitangan Makmal di sekolah tersebut diketuai oleh En.Mohd Rafie bin Ramli.

Sebahagian Wargakerja Makmal SMK Jengka Pusat 2

Sepanjang pertemuan tersebut,banyak persoalan telah diajukan oleh kakitangan makmal untuk mendapatkan jawapan secara terus dari Kepimpinan KSKM Negeri Pahang.Segala maklumat-maklumat yang terkini berkaitan dengan KSKM Negeri mahupun KSKM Pusat telah dikongsikan bersama dengan kakitangan makmal di sekolah tersebut.
Senoga program yang sedemikian akan menjadi pemangkin kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang untuk terus memberikan komitmen dan sokongan yang baik kepada KSKM Negeri Pahang disamping pihak AJK Negeri dapat meningkatkan lagi perhatian dan komitmen kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri.
~ADMIN~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang memohon keampunan kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang yang mana diberitakan bahawa AJK tidak dapat membuat program yang sedemikian rupa ke semua sekolah di Negeri Pahang ini memandangkan saiz Negeri Pahang yang terlalu besar dan taburan sekolah yang mempunyai jarak yang jauh antara satu sama lain mengakibatkan peruntukan masa yang tidak mengizinkan untuk AJK mengadakan lawatan ke semua sekolah di negeri ini.
Semoga program sedemikian rupa akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.Insyallah!
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment