Wednesday, January 16, 2013

JAWAPAN KEPADA SMS YANG DITUJUKAN KEPADA PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG

Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad
Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~telah diamanahkan oleh Pengerusi KSKM Cawangan Pahang untuk memuat naik jawapan kepada satu SMS yang dikirimkan oleh seorang Pembantu Makmal C22(KUP) yang tidak memperkenalkan nama dan tempat beliau berkhidmat walaupun pihak Pengerusi telah memohon agar pengirim SMS tersebut dapat memperkenalkan diri bagi tujuan makluman kepada AJK KSKM Negeri Pahang.Atas sikap kebertanggungjawapan terhadap persoalan yang diajukan maka di sini~ADMIN~akan memuat-naik kembali soalan yang dikirimkan dan Insyallah akan menjawabnya sebagaimana yang dberikan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang kepada~ADMIN~
"Salam nk tnye...tahun ni dh masuk 23 thun sy sbgai pm...dan dah dpt C22 KUP....ape yg sy thu sampai skrg sy masih menyapu makmal,mengecat,membasuh dsbgnya..rs mcm clenar bkn PM...ms taklimat lantikan baru PM,siap ckp Pm x yah nyapu dah bl ade pekerja swasta...tp walau ada berpuluh pkrja swastapun sy yg dh C22 walau kup ttp kene menyapu,takn irtupun KSKM x leh perjuangkn..mcmane kita nk tarik ramai ahli kalu mende kecik gtu x leh buat ape2...sy dh penat main debu,lebih teruk dr tkng sapu,skrg ni tukg sapu pun bl dah ade pekerja swasta ade segelintir x yah nyapu dah...jd ape beze pkerja am dgn PM yang sama taraf dgn PT,PT,PA xkenal btg penyapu...PM seme pulun...tlglh perjuangkan hal ini...mungkin ramai nk jd ahli KSKM".
Petikan SMS di atas tidak diedit walaupun sedikit cuma penambahan " dan " pada mula dan akhir ayat sahaja untuk menjelaskan lagi permulaan dan pengakhiran SMS.
  • Respon;"....tahun ni dh masuk 23 thun sy sbgai pm...dan dah dpt C22 KUP"
Tuan/Puan yang dihormati...Terlebih dahulu,saya mengucapka TAHNIAH dan SYABAS kepada Tuan/Puan kerana telah dinaikkan pangkat dari C17 kepada C22 secara KUP.Kenaikan pangkat tersebut merupakan salah satu kejayaan yang dicapai hasil dari perjuangan KSKM bersama gabungan CUEPACS.Jika bukan kita ahli KSKM yang memperjuangkan KUP ini,saya pasti dan penuh berkeyakinan bahawa walaupun kita telah berkhidmat lebih 25 tahun tetapi kita masih lagi tidak akan merasa kenaikan pangkat kepada C22.Ini hakikat yang WAJIB diterima bahawa kenaikan pangkat melalui KUP merupakan hasil usaha KSKM bersama gabungan Cuepacs.
Tuan/Puan,kenaikan pangkat C22 KUP bukanlah sepertimana kenaikan pangkat C22 Hakiki.Kenaikan pangkat secara Hakiki merupakan kenaikan pangkat yang dinilai dari prestasi,kemahiran,komitmen kerja dan penilaian yang diberikan oleh pihak pentadbir manakala KUP pula merupakan kenaikan pangkat secara anugerah kepada penjawat awam secara automatik selepas berkhidmat selama atau melebihi 15 tahun dengan terma dan syarat yang perlu dilepasi.KUP tidak boleh menjadi Pegawai Penilai Pertama kepada SKT Pembantu Makmal C17 dan PAP N1 & 4 manakala Hakiki layak untuk menjalankan tugas sebagai PPP kepada SKT.
Jika C22 KUP berpindah tempat bekerja maka kekosongan tersebut hanya perlu diisi oleh Pembantu Makmal C17 sahaja.Berbeza dengan C22 Hakiki,kekosongan tersebut wajib diisi oleh C22 Hakiki kembali.
Rumusannya adalah C22 KUP dan Hakiki adalah sama dari segi gaji dan kelayakan cuti tahunan tetapi kuasa yang ada pada C22 Hakiki adalah lebih.
  • Respon;"...ape yg sy thu sampai skrg sy masih menyapu makmal,mengecat,membasuh dsbgnya..rs mcm clenar bkn PM..."
Tuan/Puan yang dihormati...Isu PM C22 KUP dan C17 yang masih menyapu walaupun pekerja swasta telah ditempatkan dikebanyakkan sekolah menengah di Malaysia.Untuk makluman Tuan/Puan,Pihak KSKM Negeri Pahang telah membawa isu PM yang masih menyapu di makmal ini ke Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan dimana dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.Isu ini menjadi perbahasan yang hangat ketika di mesyuarat tersebut.Pengerusi telah membangkitkan rungutan dari PM yang masih menyapu di makmal-makmal sedangkan terdapat PAP N1 tidak lagi memegang penyapu.Setelah perbahasan,maka pihak JPN telah menetapkan bahawa Surat Perjanjian antara Kontraktor dan JPN telah menjelaskan bahawa kontrak tersebut tidak memasukkan makmal sains di dalam 'klaus' bilik-bilik khas.
Insyallah,Pengerusi KSKM Negeri Pahang dan pengerusi-pengerusi cawangan lain telah memaklumkan kepada Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung yang dipengerusikan oleh Presiden KSKM Pusat agar membawa isu ini kepada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.Doakan semoga usaha ini akan berjaya.
  • Respon; "ms taklimat lantikan baru PM,siap ckp Pm x yah nyapu dah bl ade pekerja swasta..."
Tuan/Puan yang dihormati...Saya sebagai Pengerusi KSKM Negeri Pahang tidak sesekali mengeluarkan statement sepertimana yang tertulis di dalam SMS yang dikirimkan kepada saya.Oleh yang demikian,saya beranggapan bahawa isu ini tidak perlu dipanjangkan dan dianggap selesai.

  • Respon; "takn irtupun KSKM x leh perjuangkn..."
Tuan/Puan yang dimuliakan... Perjuangan KSKM terlalu besar jika kita amati dengan hati yang ikhlas,menggunakan mata hati yang suci.Kewujudan KSKM sejak tahun 1964 membuktikan bahawa KSKM masih relevan untuk semua kakitangan makmal samada C26,C22,C17 mahupun N1 dan 4.Kita sebagai pewaris kepada pejuang-pejuang yang terdahulu.Kita merupakan kesinambungan perjuangan yang diamanahkan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu.Mungkin ada yang masih ada di dunia ini dan mungkin ada juga telah mengadap Allah SWT.Kita perlu muhasabah diri kita bahawa jawatan yang kita sandang pada hari ini merupakan hasil perjuangan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu.Jangan bicara tentang perjuangan seandainya inginkan keputusan yang segera,cepat dan drastik.Jika tiada KSKM siapa yang akan mendengar keluhan dan rintihan kita sebagai Pembantu Makmal?.Perjuangan pada hari ini mungkin kita akan lihat hasilnya pada 2,3 atau 4 tahun yang akan datang bahkan tidak mustahil perjuangan yang kita bawa pada hari ini akan berhasil pada 10 atau 20 tahun yang akan datang...Insyallah!!!
  • Respon; "..mcmane kita nk tarik ramai ahli kalu mende kecik gtu x leh buat ape2...".

Tuan/Puan yang dirahmati Allah...Berkaitan dengan sambutan keahlian bagi KSKM Negeri Pahang,Alhamdulillah sehingga penghujung tahun 2012 yang lepas,sambutan yang diterima oleh KSKM Negeri Pahang dari Pembantu Makmal untuk menyertai keahlian KSKM amat-amat membanggakan.Seramai lebih 120 permohonan  untuk menjadi ahli KSKM telah dihantar kepada KSKM Pusat dan telah diluluskan.Alhamdulillah,KSKM Negeri Pahang telah mencatat sejarah dimana sambutan daripada Pembantu Makmal untuk menjadi ahli KSKM adalah yang paling ramai diantara KSKM cawangan -cawangan di Malaysia.Program dan aktiviti yang dirancang sepeti kempen"MOH JADI AHLI KSKM"oleh AJK KSKM Negeri juga merupakan pemangkin kepada sambutan hangat untuk menjadi ahli KSKM.

  • Respon; "....sy dh penat main debu,lebih teruk dr tkng sapu,skrg ni tukg sapu pun bl dah ade pekerja swasta ade segelintir x yah nyapu dah...jd ape beze pkerja am dgn PM yang sama taraf dgn PT,PT,PA xkenal btg penyapu...PM seme pulun...tlglh perjuangkan hal ini..."

Tuan/Puan yang dimuliakan...merujuk kepada ayat diatas,saya tidak perlu untuk memberikan jawapan kerana apa yang dipersoalkan telah dijawab dibahagian atas.Insyallah...KSKM Negeri Pahang dan KSKM Pusat sentiasa mendengar dan cakna terhadap permasalahan yang dibangkitkan oleh semua AHLI-AHLI KSKM.Perjuangan kearah memartabatkan profesion selaku Pembantu Makmal akan sentiasa diangkat sebagai hala tuju utama perjuangan KSKM.Sedikit pengorbanan dan sokongan yang padu daripada semua AHLI-AHLI KSKM sangat-sangat dituntut untuk merealisasikan matlamat tersebut.
~ADMIN~ingin mengucapkan terima kasih kepada penghantar SMS dan kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang atas kecaknaan beliau untuk memberi respon dan jawapan kepada persoalan melalui SMS yang dihantar. Wallahualam...
~ADMINKSKMPahang~.

No comments:

Post a Comment