Friday, January 25, 2013

MESYUARAT AJK KSKM NEGERI KALI KE 6 BERSAMA WAKIL KSKM DAERAH

SMK Kerdau telah menjadi tuan rumah mesyuarat KSKM kali ini
Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Negeri kali ke 6 pada 24 Jan 2013,bertempat di Dewan Seri Intan,SMK Kerdau,Temerloh.Mesyuarat kali ini turut menjemput semua wakil-wakil KSKM daerah untuk membincangkan segala perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013 disamping membentangkan laporan segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012.


Sepanjang mesyuarat berlangsung beberapa perkara berbangkit dibincangkan antaranya adalah:
i.KSKM daearah yang masih tidak menjalankan kursus kepada ahli-ahli KSKM daerah masing-masing adalah daerah Maran,Rompin,Pekan dan Cameron highlands.Pengerusi memohon kepada wakil KSKM daerah yang terlibat agar  dapat mengadakan sebarang kursus sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang yang dijangka akan berlaku antara bulan April - Jun 2013.
ii.Sambutan Pembantu Makmal untuk menjadi ahli KSKM sangat-sangat menggalakkan di negeri Pahang.Ini terbukti dimana Pahang adalah negeri yang paling ramai telah menyertai KSKM iaitu melebihi 100 ahli.Tahniah kepada semua ahli-ahli baru.

iii.KSKM Negeri masih lagi tidak menerima senarai NO AHLI daripada KSKM Pusat bagi ahli yang telah diluluskan permohonan dan telah dipotong gaji sebelum disember 2012.
iv.KSKM Negeri masih belum menghantar sekurang-kurangnya 2 orang pelatih untuk mendapatkan kemahiran dalam pengendalian mikroskop bagi melahirkan pakar pengendalian mikroskop di negeri Pahang kerana tiada kursus pengendalian mikroskop dalam jangka masa yang terdekat.Ini bertujuan agar pelatih yang dihantar akan dapat menjadi tenaga pengajar kepada semua ahli-ahli di negeri Pahang.
v.KSKM Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wakil KSKM daerah Lipis kerana telah selesai mengadakan Mesyuarat Akhir Tahun dan perlantikan AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis bagi sesi 2013-2014.
vi.Tempahan baju korporat telah ditutup namun jika terdapat lagi sambutan daripada ahli maka tempahan seterusnya harus melebihi 20 helai.
vii.Mesyuarat dimaklumkan bahawa pada tahun ini,KSKM Negeri wajib mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan perlantikan AJK KSKM Negeri bagi sesi 2013-2015 antara bulan april-jun 2013.Sehubungan dengan itu,Pengerusi KSKM menyarankan agar setiap wakil daerah mengenalpasti ahli-ahli yang berwibawa dan berkebolehan tinggi untuk dicalonkan di dalam pemilihan itu nanti.Semoga demokrasi di dalam KSKM Negeri Pahang akan subur.
viii.Ketua Biro Unit Latihan;Pn.Siti Hafizah telah membincangkan berkaitan program"Annual Dinner"KSKM Negeri yang dijangka akan dijalankan pada 27 Mac 2013 di De'Rhu Beach Resort Kuantan.Beliau juga telah membekalkan kepada semua wakil KSKM daerah senarai ahli yang ingin menyertainya.Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada setiap peserta.Semoga usaha ini akan mendapat sambutan daripada semua ahli.
ix.Pengerusi Negeri telah mengedarkan 'Edaran Untuk Makluman Kepada Ahli KSKM dan Bukan Ahli' kepada semua wakil KSKM daerah untuk diedarkan kesemua sekolah di negeri Pahang melalui 'pigeon hole'di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.Ini merupakan maklumat berkaitan semua aktiviti dan perancangan bagi KSKM Negeri sesi 2011-2013.Mohon agar semua Pembantu Makmal untuk mendapatkannya.


Dalam agenda hal-hal lain,wakil KSKM daerah Lipis telah memaklumkan bahawa ahli KSKM;En.Abu Hassan bin Rejab,No Ahli 4532 dalam keadaan yang masih uzur dan masih mendapat rawatan secara berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Hajjah Afzan,Kuantan.Sehubungan denga n itu,KSKM Negeri memohon kepada semua ahli yang prihatin agar dapat menghulurkan sedikit bantuan atau datang menziarahi beliau di K.Lipis.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada mantan Wakil KSKM daerah Lipis iaitu Puan Haszlina bte Omar kerana sepanjang penglibatan beliau sebagai wakil KSKM daerah Lipis,banyak perkara dan aktiviti yang baik untuk semua ahli KSKM daerah telah dijalankan.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada wakil KSKM daerah Rompin atas sambutan yang sangat baik semasa kunjungan AJK KSKM Negeri ke daerah Rompin pada tahun lalu.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment