Saturday, November 17, 2012

PEKELILING"LARANGAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT SEMASA BERTUGAS"




ULASAN~ADMINKSKMPahang~
Assalamualaikum wbt...
Isu Pekeliling Jabatan Pelajaran Negeri Pahang,dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Pelajaran Negeri Pahang,No rujukan:JPNP SKPP.03.100-1/1 (13) bertarikh 24 September 2012 bersamaan 8 Zulkaedah 1433 H yang bertajuk 'Larangan Pemakaian Baju Korporat Semasa Bertugas' telah menjadi bualan dan isu yang menggegarkan KSKM Negeri Pahang rentetan daripada KSKM Negeri Pahang telah dan sedang mempromosikan Baju Korporat KSKM Negeri Pahang.
Bagi meredakan hujanan persoalan melalui FB dan Blog KSKM yang dikendalikan oleh ~ADMIN~,Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad telah bertindak menghubungi secara langsung melalui perbualan telefon bersama En. Nazri - Pegawai di Unit Pentadbiran Am Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Intipati daripada perbualan tersebut,boleh disimpulkan bahawa...Pemakaian Baju Korporat semasa bertugas di sekolah adalah DILARANG!Larangan tersebut termasuklah semua guru dan kakitangan yang bekerja di sekolah.Oleh yang demikian~ADMIN~dapat membuat tiga alternatif terhadap arahan tersebut iaitu:
i. Menyarankan agar semua Pembantu Makmal samada AHLI mahupun yang bakal menjadi AHLI KSKM akur terhadap arahan tersebut.
ii.Tertakluk kepada budibicara pihak pentadbir di sekolah Tuan/Puan berkhidmat samada masih membenarkan kakitangannya memakai Baju Korporat mahupun melarang.
iii.Pengerusi KSKM Negeri telah berjanji akan membawa isu dan suara AHLI-AHLI KSKM ini ketika beliau menghadiri Mesyuarat"Majlis Bersama Jabatan (MBJ)"yang akan diadakan kelak.
~ADMIN~mendapat respon daripada Pengerusi KSKM Negeri Pahang bahawa Baju Korporat KSKM Negeri Pahang boleh digunapakai semasa program-program anjuran KSKM samada ketika kursus,seminar,bengkel,mesyuarat KSKM peringkat daerah dan Mesyuarat Dwi Tahunan KSKM Peringkat Negeri.
~ADMIN~mewakili Urusetia Baju Korporat KSKM Negeri Pahang memohon kemaafan daripada semua AHLI-AHLI KSKM yang telah menempah dan memperolehi Baju Korporat KSKM Negeri Pahang berikutan arahan pekeliling yang dikeluarkan namun jika diteliti tarikh pekeliling tersebut dikeluarkan iaitu pada 24 September 2012 adalah tarikh yang lewat dari proses tempahan baju korporat KSKM dimana ianya bermula pada bulan Mei 2012.Sayugia diumumkan bahawa jika terdapat AHLI mahupun yang bakal menjadi AHLI KSKM yang masih berminat untuk membuat tempahan,sila hubungi melaui telefon atau melalui pesanan ringkas(SMS) kepada Pengerusi KSKM Negeri di talian: 019-9161514.
Semoga Tuan/Puan yang memperolehi infomasi ini akan menyampaikan kepada semua Pembantu Makmal di Negeri Pahang yang mungkin tidak dapat mencapai info melalui medium internet.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

1 comment: